MENU

1.

NAMA PROGRAM

Ipoh Car Free Day, CFD atau Hari Tanpa Kereta di Ipoh

2.

SIRI PROGRAM

MBI dengan sukacitanya menjemput semua wargakota untuk meluangkan masa ke Program CFD Siri 3/2018 dan Siri Ke-28 sejak ianya dianjurkan.

3.

TARIKH

Pihak MBI mencadangkan tarikh Ipoh Car Free Day 2018 seperti berikut:-

JAN 28, FEB 25, MAC 25, APR 22, MAY - RAMADHAN, JUN 24, JUL 22, AUG 26, SEP 23, OKT 28, NOV 25 & DEC 23.

Harapan pihak urusetia agar Program Ipoh CFD pada kali ini akan dapat menarik lebih ramai pengunjung

4.

MASA

7.00 pagi hingga 10.00 pagi (Aktiviti Berlangsung)

6.30 pagi hingga 10.30 pagi (Penutupan jalan)

5.

TUJUAN CAR FREE DAY

Selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program “Car Free Day” Fasa 2.0 ini bertujuan untuk

  1. Meningkatkan Indeks Kebahagian dikalangan wargakota dengan memupuk kesedaran alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.
  2. Meningkatkan kesedaran peranan kaum wanita dalam masyarakat
  3. Meningkat Kesedaran dikalangan wargakota terhadap mereka dalam golongan Sindrom Down

6.

TEMA CFD BULAN MARCH 2018

Tema CFD Siri 3/2018 ini adalah :-

  • SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA
  • SAMBUTAN HARI KEBAHAGIAAN ANTARABANGSA
  • SAMBUTAN HARI SINDROM DOWN ANTARABANGSA

7.

AKTIVITI-AKTIVITI CFD BULAN MARCH 2018

Aktiviti CFD Bulan March 2018 ini adalah seperti berikut:-

  • KAYUHAN WANITA @ Ipoh Cfd oleh Urusetia CFD
  • Kayuhan di sekitar lokasi ‘Ipoh CFD’ sejauh 5.5km bermula dari hadapan Hospital KPJ melalui Jalan Raja Di Hilir kearah Hotel Heritage, ke Jalan Kelab Golf, ke Jalan Dato’ Seri Saari, ke Jalan Raja Di Hilir, ke Jalan Cheah Cheng Lim, ke Jalan Lasam, ke Jalan Sultan Abdul Jalil, ke Jalan Wan Mohd Saleh, terus ke Jalan Foo Choong Nyit, ke Jalan Raja Di Hilir, pusingan U dihadapan Kediaman MB, ke Jalan Caldwel, ke Jalan Sturrock, ke Jalan Raja Di Hilir, pusingan U dihadapan Kediaman MB dan tamat dihadapan KPJ.
  • Penyertaan adalah percuma
  • Digalakkan memakai baju berwarna pink dan purple
  • Cabutan bertuah akan di beri kepada peserta berdaftar selepas tamat kayuhan

 

  • Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula @ Ipoh Car Free Day
  • Terbuka kepada semua yang hadir Ipoh CFD
  • Barangan Kitar Semula boleh dihantar ke Booth SWCorp
  • 3 kutipan tertinggi akan menerima hadiah
  • Tiada urusan jualbeli bagi penghantaran barangan kitar semula

 

  • Upcycling Competition #Peluangkedua @ Ipoh Car Free Day
  • Terbuka kepada semua individu yang hadir Ipoh CFD
  • Produk kraf boleh dihantar ke booth SWCorp Perak pada Hari Ipoh CFD setiap bulan
  • Produk kraf mestilah idea asli
  • Tiga produk terbaik akan menerima hadiah

 

  • Hari Tanpa Kereta Bersama Pelajar Sindrom DownSempena Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK).
  • Mewarna (Pelajar Sindrom Bersama Ibu Bapa)
  • Riang Ria Tari,
  • Kuiz Sindrom Down
  • Permainan Dam Ular Gergasi dan Congkak

 

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak (Bawah 9 tahun)
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak (atas 10 tahun)
  • Pertandingan mewarna khas untuk ibu-bapa
  • Permainan untuk kanak-kanak
  • Mencari persamaan gambar dan aktiviti uji kepintaran
  • Dam ular gergasi

 

  1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) AlFatihah Challenge
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Permainan Memanah dan Street Soccer

 

  • Kempen Kesedaran Kitar Semula oleh KoHijau 
  • Promosi Kempen Mata Ganjaran Kitar Semula

 

  • Hari Tanpa Kenderaan Bersama JKKN Perak
  • Menyediakan aktiviti Senam Seni, Permainan Tradisional dan Kuiz

 

  • Kempen Kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
  • Keterangan kesihatan kepada pemilik kump. Darah ABO
  • Urutan Mama Care

 

  • Gaya Hidup Sihat Bersama Cycledios / MICA
  • Menyediakan basikal dan Family Car secara percuma
  • Sewaan beca atau kayuh sendiri dengan harga promosi (RM10 untuk 30 minitdan RM5 untuk satu trip
  • Sewaan basikal dengan harga RM5 untuk peserta Kayuhan Wanita

 

  • Permainan Human Table Soccer oleh St. Andrew Church

 

  • Demonstrasi Teknik Pertahanan Diri oleh Access Kickboxing
  • Kempen Jom Kurus

 

  • Pameran & Jualan Kraftangan oleh Persatuan Daybreak

 

  • Pameran Kerjaya dan Peralatan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat - Swafoto bersama Abang Bomba

 

  • Pameran Kereta Perisai dan Swafoto bersama Pasukan Gerakan Am

 

  • Petting Zoo oleh Urusetia CFD
  • Urusetia menyediakan 5 ekor Arnab, 10 ekor anak ayam & 10 ekor anak itik

 

  • Pejabat Kesihatan Kinta
  • Pameran Kesihatan
  • Program Jurupulih cara kerja iaitu tentang pergerakkan sendi

 

  • TJZ Outdoor
  • Promosi pakej aktiviti “outdoor”
  • Agensi lain yang turut serta seperti Yoga, Power Root, McDonald, Starplanner Sdn. Bhd , Karihome (produk susu kambing), Kempen Kad Mesra Petronas, Kempen dari Kolej Teknologi Perak, Giant Ballon, Ballon Supa Dupa dan pelbagai lagi.

 8.

PERSIAPAN CFD SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA, HARI KEBAHAGIAN ANTARABANGSA DAN HARI SINDROM DOWN ANTARABANGSA

Pengunjung digalakkan memakai baju warna pink dan purple bagi memeriahkan acara sambutan tiga acara tersebut.

 

9.

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA

Pengunjung digalakkan datang ke kawasan CFD dengan cara berbasikal atau berjalan kaki agar matlamat merendahkan pelepasan karbon di bandaraya ini dapat dicapai dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, Kemudahan tempat letak kereta yang boleh digunakan sekiranya menaiki kenderaan adalah di Ipoh Parade, Kawasan Perniagaan Greentown, Padang Abdul Jalil, Padang Sultan Abdul Aziz, Kawasan Tempat Letak Kereta KPJ di Lebuh Lasam, sepanjang Lebuh Ceylon bersebelahan Sekolah Raja Taayah, sepanjang Jalan Kelab Golf berhampiran Hotel Heritage, disepanjang Jalan Sturrock berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia serta sepanjang Jalan Jalan Caldwell berhampiran Perpustakaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak

10.

CABUTAN BERTUAH

Hadiah cabutan bertuah akan disediakan kepada peserta senamrobik di tapak senamrobik dan peserta kayuhan di hadapan khemah urusetia dan jumlah hadiah adalah bergantung kepada tajaan.