MENU

2 Disember 2018 - 200 peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-30 2018 pagi tadi.

Encik Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Setiausaha Bandaraya telah menyempurnakan Perasmian Pertandingan Memancing tersebut. Ia turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis MBI dan ketua jabatan MBI.

Penganjuran pertandingan tersebut selain memeriahkan Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-30, ia juga untuk memberi peluang kepada kaki-kaki pancing untuk menonjolkan bakat mereka serta mempromosikan Taman Rekreasi Gunung Lang sebagai lokasi pelancongan utama di negeri Perak amnya dan Bandaraya Ipoh khasnya.

Menurut Encik Zakuan Zakaria, program tahunan ini adalah salah satu usaha MBI untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh.

Menurut beliau lagi, program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan kepada mana-mana lain yang beminat untuk bersama-sama menjayakannya bolehlah menghubungi Jabatan Landskap MBI.

Semoga penganjuran program ini akan menjadi salah satu program yang sentiasa menjadi ikutan kaki-kaki pancing di seluruh Malaysia.

  

  

   

    

Juara Pertandingan Memancing 2018

Encik Sofan Sofiza dari Ampang, Ipoh yang berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM5,000. Beliau berjaya menangkap ikan Patin seberat 6.790 kg.

  

MAJLIS BANDARAYA IPOH