MENU

Sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-29 dan Ramadhan Al-Mubarak, Majlis Bandaraya Ipoh ingin berkongsi kemeriahan dan keterujaan bersama-sama wargakota Ipoh  dengan menawarkan diskaun pengurangan 75% untuk tawaran-tawaran kompaun kesalahan trafik dan laulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat letak kereta) (Majlis Bandaraya Ipoh) selama 2 minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2017.

Tawaran diskaun ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban wargakota Ipoh untuk melangsai dan menjelaskan kesemua bayaran tertunggak selama ini. Sekiranya peluang ini tidak digunakan sebaik mungkin oleh Orang Kena Kompaun (OKK), Majlis tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman ke mahkamah terhadap kesemua pesalah tegar ini yang tidak merebut peluang menjelaskan tunggakan tawaran kompaun walaupun telah diberikan diskaun pengurangan sebanyak 75%.

Ia hanya diberikan untuk kesalahan-kesalahan berkaitan tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja. Bagi kesalahan-kesalahan lain pula adalah tertakluk kepada diskaun dan prosedur pengurangan sedia ada.

Wargakota Ipoh boleh terus membuat pembayaran kompaun di Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Kaunter Bayaran di Jalan Bandar, Kaunter Bayaran MBI di UTC dan Kaunter Pandu Masuk MBI.

Untuk semakan, wargakota Ipoh boleh terus ke Kaunter 1 Serve di Lobi Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.