MENU

MBI2 JUARA LIGA PERDANA PBI 2018

MBI2 menewaskan PALMA FC 3-0 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan terakhir dan penutup tirai Liga Perdana Persatuan Bolasepak Ipoh 2017/2018 yang berlangsung di Stadium Perak semalam (23 OKTOBER 2018).

Gol-gol MBI2 telah dijaringkan oleh Mohd Ifdhal Hafiz b. Abd Jalil dan Muhammad Ikmal b. Abd Rahim pada separuh masa pertama manakala Che Azerin Shah b. Che Zakaria mengesahkan kemenangan bergaya MBI2 ketika perlawanan berbaki 15 minit untuk ditamatkan.

Kejayaan manis tersebut mengesahkan kedudukan pasukan MBI2 sebagai JUARA LIGA PERDANA Persatuan Bolasepak Ipoh thn 2017/2018.

Liga Perdana Ipoh bagi musim 2017/2018 ini menyaksikan sebanyak 12 pasukan yang bertanding dan pasukan MBI2 muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dlm kesemua 11 perlawanan liga. MBI 2 berjaya mengharungi kesemua 11 perlawanan liga dgn memenangi 10 perlawanan dan hanya seri sekali serta mengumpul 31 mata keseluruhan meninggalkan pasukan MAJLIS PERBANDARAN TAIPING di tempat kedua dan MAJLIS DAERAH BATU GAJAH di tempat ketiga.

Kejayaan MBI 2 muncul juara Liga Perdana Ipoh 2017/2018 melayakkan MBI 2 membawa pulang hadiah wang tunai sbyk RM5,000 berserta Piala Pusingan dan Piala Iringan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Joharudin b. Johar Ali, Naib Yang DiPertua Persatuan Bolasepak Ipoh merangkap Pengerusi J/K Pertandingan Liga Super/Perdana Ipoh 2017/2018.

Ketua Pasukan MBI 2, Abdul Hafis b. Amran berkata kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan usaha berterusan semua yg terlibat, termasuk pengurusan dan pemain. Pencapaian ini juga merupakan kejayaan buat Majlis Bandaraya Ipoh dan para penyokong MBI 2 secara keseluruhan. Beliau ketika ditemui mengucapkan syukur tidak terhingga di atas kejuaraan ini. Di samping mengakui pasukan  menerima tentangan sengit dan sihat daripada semua pasukan yg bertanding sepanjang liga ini berlangsung, pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada Persatuan Bolasepak Ipoh yang berjaya menganjurkan Liga Perdana Ipoh 2017/2018 dengan mutu penganjuran dan pengadilan yang baik.

Beliau menambah, kejayaan ini bukan sesuatu yg mudah dan tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan kerja keras semua yg terlibat di dlm pasukan MBI 2.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sooresh Roa merakamkan penghargaan dan terima kasih kpd pengurusan pasukan yg membantu kelancaran urusan pasukan serta semua pemain yg berjaya merealisasikan impian utk muncul juara liga perdana. Kejayaan ini juga merupakan satu pencapaian dan kepuasan buat beliau secara peribadi sejak pasukan MBI 2 ditubuhkan 2 thn yg lalu. Beliau turut berharap momentum kejayaan MBI 2 ini akan menjadi motivasi dan diteruskan oleh pasukan ‘abang’ iaitu MBI 1 yg dibimbing oleh jurulatih legenda Dato’ M. Karathu, yg bersaing di LIGA SUPER persatuan Bolasepak Ipoh. Kini pasukan MBI 1 berada di tempat kedua liga yang masih berbaki 2 perlawanan dan memberi tekanan serta mengekori rapat adalah pasukan Lembaga Air Perak yg mendahului carta Liga Super.