MENU

TAJUK:   PERLAKSANAAN KONSEP AMALAN HIJAU ‘GO GREEN’ DI BANDARAYA IPOH

‘Apakah cadangan anda untuk Amalan Hijau atau “Go Green” seperti pemeliharaan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal, kitar semula, penjimatan dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy) serta sebarang perubahan kepada amalan harian yang boleh mengurangkan jejak karbon (Carbon Footprint) di bandaraya ipoh?

>>> HANTAR CETUSAN IDEA ANDA <<<

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warga kota Ipoh yang berumur 13 tahun dan ke atas.
  2. Penyertaan adalah percuma serta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  3. Setiap idea mesti menyediakan Tajuk Projek, Cara Perlaksanaan, Penglibatan Wargakota atau Organisasi dan Impak kepada Bandaraya Ipoh.
  4. Setiap penyertaan hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan mengandungi sebanyak 100 hingga 200 patah perkataan.
  5. Cetusan idea hendaklah asli dan tidak diciplak atau diambil daripada pihak ketiga.
  6. Semua cetusan idea yang dikemukakan akan menjadi hak milik Majlis dan tidak akan dikembalikan. Majlis berhak ke atas cetusan idea yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana program Majlis.
  7. Penyertaan boleh dihantar melalui borang online ke laman sesawang www.mbi.gov.my pada ruangan CETUSAN IDEA WARGA KOTA atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Urusetia Cetusan Idea Warga Kota 2016

d/a Penyelidikan dan Pembangunan ,

Jabatan Perancang Bandaraya,

Majlis Bandaraya Ipoh, Greentown 31400 Ipoh.

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 November 2016 ( Rabu).
  2. Urusetia program dan Panel Juri tidak layak menyertai pertandingan ini.
  3. Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Penyertaan yang dikemukakan lewat tidak akan dilayan dan akan ditolak.
  5. Panel Juri akan dilantik oleh pihak urusetia dan keputusan juri adalah MUKTAMAD.
  6. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi oleh pihak majlis.
  7. Sebarang pertanyaan, sila emel kepada cetusanidea@mbi.gov.my.