MENU

Bil Cukai Taksiran Penggal Pertama bagi tempoh Jan-Jun 2017 telah dikeluarkan pada 22hb November 2016 dan diterima oleh pihak wargakota untuk pembayaran. Jika wargakota tidak menerima bil cukai taksiran, bil boleh dicetak semula di kaunter-kaunter bayaran Majlis dan di kaunter Khidmat Pelanggan Majlis Bandaraya Ipoh atau dengan melayari laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my. Bil juga perlu dijelaskan pada atau sebelum 28hb Februari 2017 bagi penggal pertama ini.

Pembayar yang membuat bayaran Cukai taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah Kereta Proton Saga Baru dan 30 hadiah utama yang lain berupa 4 buah motorsikal, 5 buah basikal, barangan elektrik, perabot rumah serta 200 unit barangan saguhati yang menarik.

Pihak Majlis juga melantik agen-agen kutipan untuk memudahkan wargakota mambuat bayaran bil-bil Majlis dan pelbagai saluran serta kaedah bayaran disediakan seperti:

  • Pembayaran secara ‘online’ melalui bank-bank tempatan dengan menggunakan perkhidmatan JomPAY;
  • Pembayaran di kaunterseperti Pejabat Pos di kawasan Bandaraya Ipoh dan kaunter PBT di dalam Negeri Perak;
  • Pembayaran menggunakan kad kredit Visa /Mastercard /Amex (Bank Tempatan) dan Kad debit Maybank.

Untuk memudahkan wargakota membuat pembayaran, Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI Greentown akan juga dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad (jam 9.00 pagi hingga 1 petang pada bulan Disember 2016, Januari dan Februari 2017) kecuali pada hari cuti umum.

Wargakota juga boleh membuat bayaran di Kaunter Bayaran MBI di UTC yang dibuka setiap hari mulai jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam kecuali pada hari cuti umum.

Untuk makluman semua, pihak Majlis akan mula mengenakan Notis   (Borang E) pada 1 Mac 2017. Penguatkuasaan ini berdasarkan Seksyen 147, Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) kepada pemilik harta pegangan yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran selepas tamat tempoh pembayaran bagi penggal pertama 2017 iaitu akhir bulan Februari 2017.

Oleh itu, wargakota yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran juga dinasihatkan supaya berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka.