MENU

Dalam usaha untuk mengekalkan status Ipoh Bandaraya Terbersih di Malaysia dan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Malaysia, MBI akan meneruskan tindakan tegas terhadap pembuangan sampah haram di Bandaraya Ipoh.

Menurut Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh tanggungjawab ini bukanlah terletak di bawah MBI semata-mata tetapi memerlukan pemglibatan daripada semua pihak.

Maklumat mengenai kejadian pembuangan sampah haram di tepi jalan Tasek Mutiara 3, Taman Tasek Mutiara boleh dijadikan contoh dimana kerjasama antara MBI dan wargakota Ipoh penting dalam memastikan Ipoh kekal sebagai bandar terbersih Malaysia.

Sehubungan dengan itu, MBI akan  mengambil tindakan kompaun bernilai RM250 di bawah Akta Jalan, Parit & Bangunan terhadap pembuang sampah haram tersebut.

Walaubagaimanapun, tindakan mengkompaun adalah tindakan terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh wargakota Ipoh.

Untuk makluman, dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017,  MBI telah membersihkan 17,127 lokasi longgokan sampah haram dan mengeluarkan 2,405 kompaun bernilai RM507,400.

MBI juga turut menjalankan 100 gotong-royong serta memasang 831 papan tanda "Dilarang Membuang Sampah" di sekitar Bandaraya Ipoh.

Semoga Bandaraya Ipoh akan terus mengekalkan status sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia.

MAJLIS BANDARAYA IPOH