MENU

Draf Rancangan Tempatan Ipoh (Pengubahan 8) 2020 adalah untuk menyelaraskan kelulusan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Orang awam adalah dialu-alukan untuk memeriksa rancangan tempatan pengubahan berkenaan di Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh yang diadakan pada 3 April 2018 hingga 30 April 2018 . Cadangan atau bantahan boleh dibuat melalui surat, memorandum atau Borang Bantahan Awam yang disediakan.

Semua surat, memorandum atau borang boleh dihantar ke alamat berikut. Cadangan atau bantahan hendaklah menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan alasan-alasan atas mana bantahan itu dibuat sebelum atau pada 30 April 2018 kepada :

Datuk Bandar,

Majlis Bandaraya Ipoh,

Jalan Sultan Abdul Jalil

No. tel : 05-2083333

Faks: 05-2083588

>> LIHAT LAPORAN ADDENDUM DRAF RANCANGAN TEMPATAN IPOH (PENGUBAHAN 8 )2020 <<

Sebarang cadangan/ bantahan/ rayuan awam mengenai bagi   DRAF RANCANGAN TEMPATAN IPOH (PENGUBAHAN 8)  2020 boleh dikemukakan ke pihak MBI melalui borang yang disediakan.