MENU

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEKAN IPOH - 2020 (PENGUBAHAN)

DI ATAS LOT 1445N, 1447N, 1449N, 1451N, 1453N, 1455N DAN 9021N, JALAN SULTAN IDRIS SHAH, IPOH PERAK

 

JUSTIFIKASI  PEMAJUAN

Matlamat Pengubahan Rancangan Kawasan Khas (RKK) - Pekan Ipoh 2020 yang dicadangkan ini adalah untuk pembangunan baru secara komprehensif  bertujuan membina sebuah hotel 14 tingkat (152) di atas lot 1445N, 1447N, 1449N, 1451N, 1453N, 1455N dan 9021N Jalan Sultan Idris Shah yang berkeluasan 0.39 ekar.

 

DASAR RANCANGAN TEMPATAN IPOH 2020

Berdasarkan Rancangan Tempatan Ipoh 2020, tapak cadangan pindaan terletak di dalam Blok Perancangan 1 (BP1) di BPK 1.1 – Pusat Bandar Ipoh yang meliputi kawasan seluas 1,557.58 Hektar. Zon Guna Tanah adalah Perniagaan.

 

DASAR RANCANGAN KAWASAN PEKAN IPOH –  BANDAR WARISAN BIJIH TIMAH 2020

Berdasarkan Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh 2020, tapak cadangan terletak di  Core Zone / zon Warisan,  Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Ipoh di  Zon Enclave 3.1 : Pelbagai Budaya dan Runcit (Multi Cultural Enclave).

Semua surat, memorandum atau borang boleh dihantar ke alamat berikut. Cadangan atau bantahan hendaklah menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan alasan-alasan atas mana bantahan itu dibuat sebelum atau pada 30 April 2018 kepada :

Datuk Bandar,

Majlis Bandaraya Ipoh,

Jalan Sultan Abdul Jalil

No. tel : 05-2083333

Faks: 05-2083588

 

>> LIHAT LAPORAN ADDENDUM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEKAN IPOH (PENGUBAHAN) - 2020 <<

 

>> KAWALAN PEMBANGUNAN BARU DALAM KAWASAN WARISAN (BAB 5 & 6) <<

 

Sebarang cadangan/ bantahan/ rayuan awam mengenai bagi DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS PEKAN IPOH–BANDAR WARISAN BIJIH TIMAH (PENGUBAHAN) 2020 boleh dikemukakan ke pihak MBI melalui borang yang disediakan.