MENU

26 JANUARI 2019 - MBI telah berjaya memenangi 6 daripada 12 kategori Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih 2019 sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh yang dilancarkan oleh  Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.

6 anugerah tersebut adalah Tempat Pertama Kategori Tandas Awam Milik PBT) Bandaraya/Perbandaran di Jalan Dato’ Tahwil Azar, tempat Pertama kategori sekolah rendah  di SK Tanah Hitam, tempat pertama kategori kedai makanan/restoran di 22 Hale Street, tempat pertama kategori kawasan pelancongan di MAPS, Ipoh serta tempat kedua kategori rumah ibadat di Gua Kek Look Tong dan tempat ketiga kategori Stesen Minyak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

Kriteria utama yang dinilai oleh panel pertandingan adalah daripada aspek kebersihan secara keseluruhan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  melalui Jabatan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun ini, bertemakan "Tandas Bersih, Komuniti Sihat".
Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dilaksanakan bermula tahun 2010 bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan penjagaan tandas yang bersih, selesa dan selamat dalam kehidupan seharian.

Menurut Encik Mohd Zakuan Zakaria, Setiausaha Bandaraya, kerjasama berpasukan pelbagai pihak dan komitmen tinggi pengurusan MBI adalah faktor utama yang memastikan tandas awam dibawah pentadbiran MBI sentiasa dikenali dengan pencapaian yang cemerlang.

Beliau yakin, tandas awam di bawah pentadbiran awam akan sentiasa menjadi contoh atau model terbaik tandas awam di Malaysia.

 


 

 

 

MAJLIS BANDARAYA IPOH