MENU

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun. 

Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Bagi tahun 2019, pelbagai Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik ditawarkan untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah. Pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Saga 1.3MT.

Selain dari itu, Majlis juga menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik berupa motosikal, , telefon pintar, basikal,  barangan elektrik dan hadiah saguhati yang menarik.

Cabutan Bertuah ini hanya layak untuk semua pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh serta pembayaran secara ‘online’ iaitu pembayaran e-bayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my dan juga perbankan internet. Bagi pembayaran  secara ‘online’, slip cabutan bertuah perlu dicetak di mana-mana Kaunter Pembayaran Majlis terlebih dahulu.

Majlis juga menyediakan 35,000 unit cenderahati menarik yang berupa ‘Set Manicure’ kepada wargakota yang membuat pembayaran awal Bil Cukai Taksiran Tahun 2019.