MENU

1 FEBRUARI 2019 -1,000 warga MBI telah membanjiri Dewan Bandaran pagi ini bagi meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2019 dalam Perhimpunan Khas Tahun Baru Cina Anggota Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2019.

Perhimpunan ini telah dimulakan dengan persembahan tarian singa dan perarakan masuk YB Paul Yong Choo Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak dan Encik Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Setiausaha Bandaraya dan seterusnya tarian pembukaan.

YB Paul Yong dalam ucapannya menyatakan Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan peluang baik masyarakat berbilang kaum untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan.

Beliau juga berharap MBI akan mengambil tindakan sewajarnya sempena Tahun Baru Cina kerana ramai pengunjung akan melawat Ipoh dengan meceria serta membersihkan Bandaraya Ipoh. Beliau turut kagum dengan penganjuran Car Free Day yang menarik minat wargakota Ipoh untuk mengamalkan gaya hidup sihat.  

Menurut beliau lagi, apa yang amat membanggakan beliau dan Kerajaan Negeri Perak, apabila MBI berjaya merangkul 6 daripada 12 kategori dalam Pertandingan Tandas Bersih sempena Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 baru-baru ini. Pada masa yang sama, beliau berharap warga MBI akan terus mempertingkatkan prestasi kerja ke arah yang lebih cemerlang lagi.

MBI berharap dengan dengan penganjuran Perhimpunan Khas Sambutan Tahun Baru Cina 2019 ini akan terus mengeratkan silaturrahim di kalangan anggota MBI tanpa mengira status serta berharap sambutan ini akan terus menjadi platform kepada semua wargakota untuk hidup dalam keadaaan yang aman dan harmoni.

MAJLIS BANDARAYA IPOH