MENU

MBI akan menayangkan Siaran Langsung Perlawanan Bolasepak Liga Juara-Juara Asia di antara Pasukan Bolasepak Perak Bos Gaurus bertemu Pasukan Ulsan Hyundai di Skrin LED Dataran Stesen Keretapi  pada 19 Februari 2019 (Selasa) mulai jam 6.00 petang.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan di skrin led tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan bolasepak Perak Bos Gaurus yang secara tidak langsung akan memeriahkan lagi Liga Juara-Juara Asia.

Semoga pasukan bolasepak Perak Bos Gaurus akan mencapai kejayaan dengan menewaskan pasukan bolasepak Ulsan Hyundai dan layak ke pusingan seterusnya.

KEJOR YOB KEJOR

MAJLIS BANDARAYA IPOH