MENU

28 Oktober 2018 - 51 pasukan yang terdiri dari 3 orang satu pasukan dari 22 PBT seluruh Malaysia telah menyertai Kejohanan  "Moh Kita Bowling" Piala Datuk Bandar Ipoh Edisi ke-13.

Kejohanan yang diadakan pada 26-28 Oktober di Ampang Superbowl, Ipoh Parade ini dianjurkan  sempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Bandaraya ke-30 pada tahun 2018 ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM15,320.00 ini menyaksikan Pasukan Majlis Perbandaran Klang telah menjuarai kejohanan ini dengan membawa pulang hadiah tempat pertama sebanyak RM4,000.00 manakala pasukan tuan rumah, MBI yang merupakan juara tahun 2017 hanya menduduki tempat  kelima dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM600.00.

Tempat kedua telah dimenangi oleh pasukan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, tempat ketiga pasukan Majlis Perbandaran Taiping manakala tempat keempat pula adalah pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Encik Mohd Zakuan Zakaria, Setiausaha Bandaraya bersama Ahli Majlis MBI iaitu Clr. En. Arifin bin Md. Rafi'i, Clr. Pn. Puteri Holijah binti Muhamad Rali dan Clr. En. Shamsul Effendey bin Abd. Rahim telah hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta  menyertai kategori vip yang diadakan sebelum majlis penyampaian hadiah berkenaan. Encik Hisham dari Majlis Daerah Kampar telah memenangi kategori VIP.

Menurut Encik Zakuan Zakaria, kejohanan yang telah diadakan sejak tahun 2003 ini telah mendapat sambutan yang yang amat baik dari seluruh pemain bowling di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Ini jelas menggambarkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh sentiasa komited dalam menganjurkan sebarang kejohanan sukan dan sentiasa menjadi pilihan PBT di seluruh Malaysia.

Semoga kejohanan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara PBT di seluruh Malaysia serta merancakkan lagi Sambutan Perayaan Ulangtahun Bandaraya ke-30 pada tahun 2018 ini.