MENU

Majlis Bandaraya Ipoh telah diiktiraf sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia yang memperolehi Sijil Pematuhan SAGA bagi Sistem Perakaunan dan Kewangan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pengiktirafan yang diperolehi  pada 18 Julai lalu menggambarkan bahawa penyata kewangan MBI dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini dan berintegriti dengan menggunakan kod perakaunan yang ditetapkan bagi memantapkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan selaras dengan objektif SAGA.

Beliau turut melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mempunyai pasukan pengurusan kewangan yang mantap. Pengurusan kewangan yang mantap ini adalah hasil kerjasama berpasukan Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya, semua ahlimajlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh.

Pelaksanaan, Pemantauan dan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan “Standard Accounting System For Government Agencies” (SAGA) adalah selaras dengan pemakaian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015.

Jawatankuasa Pematuhan SAGA telah membuat lawatan bagi menilai Sistem Perakaunan dan Kewangan Majlis iaitu Sistem SPBT (Sistem Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan) supaya memenuhi kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan. Dengan penilaian yang telah dibuat oleh Jawatankuasa tersebut, Sistem SPBT Majlis telah memenuhi kriteria Pematuhan SAGA.