MENU

Bangunan Pasar Ayam Amanjaya yang telah dirasmikan pada 4 Mei 2017 (Khamis) yang lalu turut menyediakan kemudahan tempat untuk meletak kenderaan yang mampu untuk menampung sejumlah 315 kenderaan dalam sesuatu masa.

Pelaksanaan pengurusan parkir di Bangunan Pasar Ayam Amanjaya tersebut diuruskan seperti kaedah Tempat Meletak Kenderaan Berkupon di mana waktu penguatkuasaannya adalah seperti berikut:-

Isnin hingga Sabtu

kecuali Ahad dan cuti am

pada kadar bayaran berkupon yang sama kepada pengguna

Selain itu, bagi menarik minat warga kota, sempena pembukaan baru Bangunan Pasar Ayam Amanjaya ini, tempat letak kenderaan tersebut juga dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 1 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017 bagi tempoh sebulan yang pertama ini.

 

MAJLIS BANDARAYA IPOH