MENU

TERKINI

RADIO MBI, SALURAN INFORMASI ANDA

MBI merupakan Pihak Berkuasa Tempatan pertama di negeri Perak yang melaksanakan Radio MBI dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada wargakota Ipoh.

MBI telah mewujudkan Radio MBI sejak Jun 2016 bagi mendekatkan hubungan secara langsung dan tanpa sempadan dengan wargakota Ipoh.

Wargakota Ipoh boleh mendengar Radio MBI dengan cara melayari laman web MBI, www.mbi.gov.my, radio.mbi.gov.my atau memuat turun aplikasi mudah alih Radio MBI di Goggle Play dan App Store.

Pelbagai rancangan telah disiarkan dalam Radio MBI seperti Teh Tarik Roti Canai, Hello Ipoh, Santai Petang dan Relax Jom dari hari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terdapat 5 penyampai radio iaitu DJ Iz, DJ Shah, DJ Elly, DJ Fazz dan DJ Nizam dan penyampai TV, VJ Nana yang diuruskan oleh Penerbit, DJ Riz.

Semoga pengwujudan Radio MBI akan memberi lebih banyak platform dan pilihan untuk menjalinkan kerjasama yang positif dengan wargakota Ipoh.

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Portal MBI : www.mbi.gov.my
Portal Radio MBI : radio.mbi.gov.my
Facebook Radio MBI : radio majlis bandaraya ipoh