MENU

 

PERPUSTAKAAN TUN RAZAK

 

 

 

Perpustakaan Tun Razak berperanan sebagai pusat sumber informasi ilmu pengetahuan, teknologi dan hub pendidikan warga kota Bandaraya Ipoh. Tujuannya adalah untuk menghimpun, menyedia, mengolah, memelihara dan menyelenggara  bahan bacaan dan rujukan. Sebagai  sumber utama pendidikan perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut kepada seluruh warga kota Ipoh.

 

A.PERKHIDMATAN SURATKHABAR DAN MAJALAH

  • Perkhidmatan akhbar dan majalah disediakan dalam empat Bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan BahasaTamil.
  • Jumlah suratkhabar yang dilanggan adalah dalam Bahasa Malaysia sebanyak 8 naskah, Bahasa Inggeris  5 naskah, Bahasa Cina 5 naskah, dan Bahasa Tamil 4 naskah.
  • Jumlah majalah yang dilanggan dalam Bahasa Malaysia sebanyak 30 naskah, Bahasa Inggeris 12 naskah, Bahasa Cina 12 naskah dan Bahasa Tamil 12 naskah.
  • Semua bahan tersebut dipamerkan di sudut bacaan di tingkat bawah.

 

B.PERKHIDMATAN DI SUDUT KANAK-KANAK

  • Pihak perpustakaan menyediakan ruangan yang selesa bagi pengguna kanak-kanak serta ibu bapa dimana ia dinamakan *Taman Ilmu*
  •  Kawasan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.
  • Membantu pelajar sekolah rendah untuk “Program Buku Nilam” dimana kanak-kanak di bawah umur  12 tahun merujuk kepada buku cerita yang diminati.
  • Ia akan memupukkan semangat membaca dikalangan kanak-kanak.
  • Alat-alat permainan juga disediakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti riadah.

 

        C.PERKHIDMATAN PENDAFTARAN KEAHLIAN / PINJAMAN / PEMULANGAN / PEMBAHARUAN BUKU

        PENDAFTARAN KEAHLIAN

  • Pendaftaran keahlian kanak-kanak bawah umur 12 tahun adalah percuma. Kanak-kanak  perlu membawa mykid untuk mendaftar  keahlian.  Ahli kanak-kanak dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja.  Bagi yang berumur tigabelas tahun ke atas perlu membawa mykad dan dikena bayaran sepuluh ringgit sahaja. Bagi ahli dewasa pula boleh meminjam sehingga empat buah buku setiap kali pinjaman.

        PINJAMAN BUKU

  • Perkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang berdaftar dan  boleh meminjam  dua atau empat buah buku untuk tempoh dua minggu. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui selama dua minggu lagi dari tarikh pembaharuan. Pembaharuan bahan bacaan hanya  dibenarkan tiga kali sahaja. Pengguna akan dikenakan caj denda lewat pemulangan sebanyak 10 sen sehari setiap buku.

        PINJAMAN DEWASA

  • Perkhidmatan ini untuk   pengguna yang berumur  tiga belas tahun keatas dari tingkat satu hingga ke tingkat empat.

        PINJAMAN KANAK-KANAK

  • Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna  yang berumur dua belas tahun ke bawah  di  tingkat dua sahaja.

 

D.PERKHIDMATAN RUJUKAN  DAN MALAYSIANA / FOLIO SEKOLAH DAN FOTOKOPI

 

         PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MALAYSIANA

  • Perkhidmatan rujukan dan Malaysiana membantu para pelajar sekolah, IPTA / IPTS dan penyelidik mendapatkan bahan monograf. Koleksi monograf rujukan dan Malaysiana terdiri daripada bahan –bahan terbitan Malaysia dimana sebahagiannya merangkumi Negara Malaysia. Koleksi ini bertujuan mengumpul semua maklumat berkaitan Malaysia dan hasil karya penulis Malaysia untuk rujukan orang ramai.
  • FOLIO SEKOLAH
  • Bagi golongan pelajar sekolah kami menyediakan perkhidmatan menyediakan bahan folio sekolah mengiku tajuk semasa.  Bahan folio ini dikumpulkan dari bahan rujukan berupa monograf. Ia bertujuan mengikut dasar pendidikan Negara untuk melahirkan  insan modal yang hebat, seiring dengan Dasar Pembangunan Negara.

 

        FOTOKOPI

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan pembaca serta pengguna perpustakaan.  Setiap kertas yang difotokopi  dicaj sebanyak RM 0.10 sen sahaja . Perkhidmatan ini dilaksanakan di tingkat lima sahaja. Perkhidmatan fotokopi  berwarna tidak disediakan.

E.LAWATAN SAMBIL BELAJAR

  • Perpustakaan mengendalikan aktiviti  lawatan sambil belajar. Sebulan hanya  dua buah sekolah atau tadika dibenarkan membuat lawatan. Semasa lawatan sekolah aktiviti untuk pelajar diadakan mengikut kategori umur. Antaranya adalah  pop kuiz untuk kanak-kanak tadika, cara menguruskan pusat sumber sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

F.PERKHIDMATAN LATIHAN MENGURUSKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

  • Latihan untuk pengawas pusat  sumber sekolah akan diberikan mengikut permintaan sekolah.  Latihan tersebut termasuk  cara menyusun , mengkatalog dan membalut buku kepada pengawas pusat sumber. Latihan ini akan dilaksanakan secara percuma kepada sekolah-sekolah yang berminat.

 

G.PERKHIDMATAN RUJUKAN KOLEKSI TEKS

  • Perkhidmatan ini bertujuan  para pelajar sekolah membuat rujukan.  Bahan rujukan terdiri daripada buku  rujukan peperiksaan sekolah UPSR, PMR, SPM, STPM dan Pra-universiti.

Ia membantu pelajar sekolah mengisi masa lapang di perpustakaan dengan manfaat.

 

H.PERKHIDMATAN WIFI

  • Perkhidmatan ini diberi dengan percuma bagi setiap pengguna. 

 

I.PERKHIDMATAN WEBOPAC

  • Ia bertujuan memudahkan pengguna mencari bahan yang telah dikatalog.  Perkhidmatan ini menawarkan  khidmat mencari bahan bacaan dan rujukan melalui tajuk, pengarang, perkara, penerbitan , siri, dan nombor ISBN.
  • Pengguna berdaftar yang membuat pinjaman melalui perkhidmatan ini boleh juga memperbaharui tarikh pemulangan buku.
  • Sekiranya bahan yang dicari pengguna;  telah dipinjam oleh pengguna lain; maka pengguna tersebut boleh membuat tempahan awal melalui webopac.
  • Tajuk terbaru bahan yang telah dikatalog juga boleh dicari.

 

J.PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH TAMAT TEMPOH BUKU MELALUI TALIPON   

  • Perkidmatan ini untuk ahli perpustakaan yang telah membuat pinjaman buku dan tidak dapat dipulangkan pada tarikh tersebut di kaunter sirkulasi perpustakaan , maka bolehlah membuat panggilan ke perpustakaan untuk membuat pembaharuan tarikh baru.             
  • Panggilan tersebut perlu dibuat  pada masa  waktu operasi perpustakaan .
  • Butiran yang perlu diberi adalah tarikh tamat tempoh, patron ID dan nombor panggilan (aksyesen) buku di belakang buku.
  • Perkhidmatan ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar IPTA ,  IPTS dan golongan pekerja yang berkerja di luar kawasan supaya tidak dikenakan bayaran denda lewat pemulagan buku.

 

KEAHLIAN

Terdapat beberapa kategori keahlian di Perpustakaan Tun Razak

 

Ahli Dewasa

  • Berumur 13 tahun dan ke atas.
  • Mendaftar di kaunter dengan membawa Mykad asal.
  • Dikenakan yuran keahlian sebanyak RM10.00 sahaja.
  • Yuran keahlian bagi golongan OKU adalah secara percuma jikalau mengemukakan kad OKU yang sah.
  • Yuran keahlian bagi anggota MBI adalah secara percuma.
  • Tempoh memproses pendaftaran keahlian adalah antara 5 hingga 10 minit.
  • Dibenarkan meminjam maksimum 4 buah buku selama 14 hari.
  • Boleh melanjutkan tarikh pinjaman buku sebanyak 3 kali.
  • Keahlian adalah seumur hidup. Namun begitu ahli perlu mengemaskini maklumat peribadi setiap 5 tahun sekali.

 

Ahli Kanak-Kanak

  • Berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Mendaftar di kaunter dengan membawa Mykid / Sijil Lahir asal.
  • Yuran keahlian bagi kanak-kanak adalah secara percuma.
  • Tempoh memproses pendaftaran keahlian adalah antara 5 hingga 10 minit.
  • Dibenarkan meminjam maksimum 2 buah buku selama 14 hari.
  • Boleh melanjutkan tarikh pinjaman buku sebanyak 3 kali.
  • Keahlian sah sehingga berumur 12 tahun ( pada 31 Disember ).
  • Sekiranya ingin terus manjadi ahli, perlu mengemaskini butiran peribadi dan mendaftar sebagai ahli dewasa.  

 

 

 

 

WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN

ISNIN HINGGA JUMAAT

10.00AM  -  5.00PM

SABTU

10.30AM  -  4.30 PM

AHAD DAN CUTI UMUM  DITUTUP 

NO.TALIPON : 05- 2558073

CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN TUN RAZAK