MENU

 

Aplikasi pintar PARK@PERAK boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan Huawei Gallery kini hadir dengan penambahbaikan terhadap medium atau saluran pembayaran iaitu melalui kad kredit dan eWallet serta berfungsi untuk membuat semakan kompaun lalulintas dan pembayaran kompaun lalulintas Majlis Bandaraya Ipoh.

Pada awal 2019, saluran pembayaran PARK@PERAK boleh membuat pembayaran tambah nilai dan pembayaran kompaun dengan menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard serta melalui eWallet seperti Touch N Go, Boost, GrabPay dan Mcash.

Penambahbaikan ini diharap dapat menggalakkan lagi penggunaan PARK@PERAK yang lebih meluas di seluruh Negeri Perak.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila berhubung di talian 05-2494970 / 05-2410563 atau hadir ke Unit Letak Kereta, UTC Perak atau emel ke park@perak.gov.my

>>> Layari Portal Park@Perak <<<