Kandungan asas logo Majlis Bandaraya Ipoh menggambarkan ciri-ciri berikut:
Dua batang pokok di kiri dan kanan melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama Bandaraya Ipoh. | |
Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah mengikut lambang Jata Persekutuan. | |
Landasan kuning beralun di bahagian bawah logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Ipoh. | |
Benteng beralun di bahagian atas (tengah) melambangkan Kota Dato Laksamana yang dipercayai sebagai orang pertama membuat perkampungan di Ipoh. | |
Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai agama rasmi. | |
Jaluran melintang beralun yang berwarna biru sebagai lambang Sungai Kinta yang memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan Baru Ipoh. | |
Tiga Jalur menegak di bahagian bawah (tengah) adalah lambang Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan. |