MENU

KUIL DEVI SRI NAGAMMAL

  • Kil Devi Nagammal ialah sebuah kuil yang menarik dengan moola moorti
  • Ia adalah ambigai dalam bentuk NAGAMMAL yang menyerupai lebih kurang seperti karumariamman.
  • Terletak di Taman Rishah, Silibin (masih dalam pembinaan)

KUIL KALLUMALAI ARUL MIGU SUBRAMANIAR KOLI

  • Merupakan sebuah kuil India yang terletak diantara bukit batu kapur di Ipoh.
  • Kuil ini menjadi begitu meriah dikunjungi oleh penduduk Ipoh berugama Hindu pada perayaan Thaipusam dan Deepavali.
  • Ia terletak di kaki Bukit Cheroh di kawasan Jalan Raja Musa Aziz

 KUIL MEKPRASIT

  • Kuil Mekprasit ialah Kuil Buddha Siam yang terletak lebih kurang 3km di utara Ipoh melalui Jalan Kuala Kangsar di Jalan utama ke Taiping. Yang menarik di kuil ini ialah patung Buddha yang sedang berbaring sepanjang 24 meter, yang mana ia merupakan yang terbesar di Malaysia.
  •  Ia juga merupakan satu-satunya Kuil Siam di Ipoh. Ia mempunyai patung Buddha yang sedang berbaring yang besar dan banyak patung-patung yang lain. Antara tarikan di sini ialah bengkel-bengkel tembikar yang menawarkan pasu, teko, pasu bunga, kendi dan tabung dalam berbagai bentuk dan warna untuk dijual.