MENU

Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran Ipoh. Ini jelas terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai Bandaraya dan Ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya. Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.

image

Aktiviti Melombong Pada Masa Dahulu

image

Kilang Perlombongan