MENU

Majlis Bandaraya Ipoh mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menggunakan aplikasi WhatsApp Aduan Pothole MBI’017 4122113 atau shorturl.at/aekxT atau QR Code Aduan Pothole MBI untuk menyalurkan maklumat mengenai aduan jalan berlubang di kawasan Bandaraya Ipoh.

Kerjasama anda dipohon untuk memberikan lokasi yang tepat dan sahih tentang aduan ini bagi membolehkan pihak MBI melaksanakan kerja baikpulih dengan lebih pantas dan sempurna.

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin agar pihak kami dapat mengambil tindakan segera. Sebarang butiran aduan yang tidak lengkap akan menyebabkan kesulitan pihak MBI untuk membantu menyelesaikan aduan berkaitan.

Waktu Menerima Aduan Pothole – 24 jam                                 

Waktu Pelaksanaan Kerja Baik Pulih Pothole:

Isnin hingga Jumaat - 8:00 pagi hingga 5:00 petang

Sabtu  – 8:00 pagi hingga 2:00 petang

Ahad dan Cuti Umum – Tiada operasi

Tatacara penggunaan ‘Aduan Pothole MBI’:

  1. Pengguna boleh membuat aduan melalui WhatsApp 017 4122113 atau shorturl.at/aekxT atau imbas QR Code Aduan Pothole MBI;
  2. Pengguna akan menerima WhatsApp dari MBI dan perlu menulis ‘Aduan Pothole’ dan menghantar semula;
  3. Pihak MBI akan membalas WhatsApp tersebut dan memohon untuk pengguna memberi maklumat lengkap berkaitan aduan pothole;
  4. Pengguna perlu melengkapkan maklumat tersebut, sekiranya pengguna tidak dapat menghantar lokasi melalui google maps, maka pengguna perlu memberi alamat aduan pothole tersebut.
  5. Pihak MBI akan memaklumkan kepada pengguna setelah kerja baikpulih pothole siap (bergambar) pada waktu hari bekerja.

ADUAN POTHOLE MBI

IMBAS / SCAN QR CODE

 

#mbiendah #mbicare