MENU

 

PERATURAN KOLAM RENANG

  1. Orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali telah membuat pembayaran yang telah ditetapkan atau
  2. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahuntidak benarkan masuk tanpa penjaga.
  3. Ibu bapa tidak digalakkan membawa kanak-kanak di bawah umur 6 bulan ke dalam kolam renang dewasa di mana mereka berkongsi air dengan perenang am yang lain (air yang tidak sesuai suhu dan bahan kimia kolam air boleh menjejaskan kulit sensitif).
  4. Kanak-kanak kecil perlu menggunakan lampin renang khas, yang direka untuk menyerap dan menyimpan sebarang kekotoran.
  5. Kanak-kanak dilarang daripada memasuki kolam renang sekiranya mengalami cirit-birit.
  6. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan kolam setelah siren dibunyikan.
  7. Pengguna-pengguna lelaki atau wanita dikehendaki memakai seluar mandi atau pakaian mandi. Pakaian itu hendaklah dari jenis (lycra, polyester, nylon), yang tidak lunturwarna atau jarang dan hendaklah dipakai dengan sempurna
  8. Pengguna-pengguna dilarang meludah, membuang air kecil/ besar ke dalam kolam.
  9. Pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau menggangu pengguna lain.
  10. Pengguna yang menghidap penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit dilarang mandi di kolam renang tersebut bagi menjamin kesihatan perenang-perenang lain.
  11. Pengguna-pengguna adalah dilarang membawa barang-barang bahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan-makanan, minuman-minuman, kotak-kotak, barang tajam dan sebagainya.
  12. Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda di kolam renang daripada dirosakkan dan disalahgunakan.
  13. Pengguna dilarang membawa masuk binatang peliharaan ke dalam kawasan kompleks renang.
  14. Pihak pengurusan kolam boleh pada bila-bila masa yang difikirkan perlu menutup kolam renang daripada digunakan oleh pengguna atau orang-ramai. Wang tidak akan dikembalikan kepada pengguna sekiranya kolam ditutup akibat cuaca buruk, kecemasan.
  15. Pengguna dikehendaki terlebih dahulu membersihkan diri sebelum menggunakan kolam renang.
  16. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan terhadap barang-barang yang berharga atau barang lain samada hilang atau rosak kerana perbuatan lalai, ingkar atau jenayah.
  17. Sesiapa yang melanggar mana-mana undang-undang kecil ini bagi mengawal atau menyelenggara kolam renang, mereka boleh disingkirkan dari kolam renang oleh Pihak Pengurusan atau mana-mana pegawai polis dan bayaran masuk tidak boleh dibayar balik. Mereka yang melanggar undang-undang kecil ini boleh didakwa.