MENU


 

Tuan Ahmad Munir bin Ishak telah dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya pada 15 April, 2021. Dilahirkan pada 28 Jun, 1975 di Ipoh, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan mulai 2001. Seterusnya beliau berkhidmat di beberapa kementerian antaranya sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau mula berkhidmat di negeri Perak mulai 2015 sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak seterusnya sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Mulai 2018, beliau ditempatkan sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar sehingga dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Ketua Pegawai Digital (CDO) bagi Majlis Bandaraya Ipoh adalah Tuan Setiausaha Bandaraya.

Nama          

:

Tuan Ahmad Munir bin Ishak

Emel

:

munir@mbi.gov.my

No. Telefon

:

05-2083300

No. Faks

:

05-2537396

Peranan dan tanggungjawab CIO:

1.

Membantu YBhg. Datuk Bandar Ipoh dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keperluan ICT di Majlis Bandaraya Ipoh;

2.

Menyelaras dan memantau pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT di Majlis Bandaraya Ipoh;

3.

Peneraju penggalakan pengunaan IT dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Whole-Of-Government (WOG);

4.

Memimpin dan melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam;

5.

Bertanggungawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT MBI;

6.

Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan Program Kesedaran Keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT Majlis Bandaraya Ipoh serta pengurusan risiko dan pengauditan; dan

7.

Peneraju inovasi melalui aplikasi, infra dan keselamatan ICT.

Peranan dan tanggungjawab CDO:

1.

Meneraju inisiatif pendigitalan di Kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;

2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
3.

Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/agensi berfokusan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-Of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;

4.

Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;

5.

Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalam (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:

  • Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
  • Memastikan Blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia;
  • Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
6.

Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui sekretariat Kluster kerajaan.