MENU

Kandungan asas logo Majlis Bandaraya Ipoh menggambarkan ciri-ciri berikut:

Dua batang pokok di kiri dan kanan melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama Bandaraya Ipoh.
Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah mengikut lambang Jata Persekutuan.
Landasan kuning beralun di bahagian bawah logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Ipoh.
Benteng beralun di bahagian atas (tengah) melambangkan Kota Dato Laksamana yang dipercayai sebagai orang pertama membuat perkampungan di Ipoh.
Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai agama rasmi.
Jaluran melintang beralun yang berwarna biru sebagai lambang Sungai Kinta yang memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan Baru Ipoh.
Tiga Jalur menegak di bahagian bawah (tengah) adalah lambang Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan.