MENU

SENARAI KAUNTER PERTANYAAN DAN PEMBAYARAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

KAUNTER PEMBAYARAN DI IBU PEJABAT

Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI Greentown dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (jam 7.45 pagi hingga 5.00 petang) dan juga pada hari Sabtu dan Ahad (jam 9.00 pagi hingga 1 petang mulai bulan Disember, Januari, Februari dan Ogos kecuali pada hari cuti umum.

Kaunter Pembayaran ini menerima pembayaran:

i. Bil-bil Majlis

ii. Bil Cukai Taksiran PBT Perak

iii. Bil Cukai Tanah


 

KAUNTER PEMBAYARAN DI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC)

Kaunter ini beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin hingga Ahad kecuali hari kelepasan am.

Waktu rehat kaunter di UTC ialah pada pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang setiap hari dan pukul 12.15 tengahari  hingga 2.45 petang pada hari Jumaat sahaja.

 

KAUNTER BERGERAK ( KAUNTER RAKYAT )

Kaunter Rakyat dibuka pada hari Isnin hingga Khamis kecuali hari kelepasan am di beberapa lokasi seperti di pasar-pasar awam, rumah pangsa milik Majlis dan kawasan perumahan terpilih di sekitar Bandaraya Ipoh mengikut jadual yang telah ditetapkan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kaunter Rakyat juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad minggu pertama setiap bulan di rumpah pangsa milik Majlis.Pihak Majlis juga memenuhi permintaan untuk membuka kaunter di program-program yang diadakan oleh masyarakat setempat atau agensi-agensi kerajaan / bukan kerajaan contohnya program gotong-royong, ekspo, karnival dan lain-lain.

 

KAUNTER PANDU BAYAR

Kaunter Pandu Bayar yang terletak bersebelahan dengan bangunan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh adalah sebagai tambahan saluran perkhidmatan kaunter pembayaran kepada warga kota. Terdapat 2 kaunter disediakan untuk kemudahan pelanggan dengan lorong pandu bayar yang amat selesa untuk melakukan pembayaran.

Kaunter ini beroperasi setiap hari mulai jam 7.45 pagi hingga 3.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan Am manakala waktu rehat pada hari Jumaat adalah pukul 12.15 tengahari dan 2.45 petang.

 

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

  • Menerima aduan
  • Mencetak bil Cukai Taksiran
  • Pertanyaan

Berurusan pada waktu pejabat

 

KAUNTER OSC

  • Permohonan Pelan Bangunan
  • Permohonan Kebenaran Merancang

Berurusan pada waktu pejabat

Kaunter OSC

 

KAUNTER JABATAN PENILAIAN

  • Permohonan sewa rumah pangsa, kedai & bengkel
  • Permohonan stiker letak kereta Kinta Height
  • Pelaporan kerosakan premis sewaan Majlis
  • Tunggakan sewaan

Kaunter Jabatan Penilaian

 

KAUNTER JABATAN PERANCANG

  • Permohonan lay out plan.
  • Permohonan pelan tapak
  • Penamaan jalan
  • Permohonan nombor bangunan

 

KAUNTER UNIT BEKALAN AN PEROLEHAN

  • Urusan Tender dan Sebutharga

Berurusan pada waktu pejabat

Unit Bekalan dan Perolehan

 

KAUNTER BAHAGIAN PELESENAN

  • Memproses lesen iklan, bill board
  • Memproses lesen perniagaan
  • Permit letak kenderaan
  • Permit menyimpan diesel
  • Permit jualan kaki lima musim perayaan

Berurusan pada waktu pejabat

Kaunter Perlesenan