MENU

 

 

Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh pada 1 April 2020. Dilahirkan pada 17 April 1975 di Ipoh, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 1 April 2000.

Beliau mula berkhidmat di negeri Perak pada 15 April 2003 sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Tanah dan Galian dan seterusnya sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 16 November 2009 dan Setiausaha Bahagian Dewan Negeri Perak Dan MMK, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1 Februari 2010.

Beliau berkelulusan Sijil Premier Business Management dari Harvard Business School, Ijazah Sarjana Sains Pembangunan & Pentadbiran Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia, Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh ialah sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak pada 27 Mac 2017.