MENU

 

KAJIAN WALKABLE CITY KAWASAN KHAS PEKAN IPOH SELARAS BANDAR PELANCONGAN WARISAN DAN RENDAH KARBON BAGI MAJLIS BANDARAYA IPOH

 

PELAN TINDAKAN IPOH KE ARAH BANDAR RENDAH KARBON 2030

 

IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON 2030
 
MBI kini dalam fasa untuk memulakan pelaksanaan Ipoh Ke Arah Bandaraya Rendah Karbon dan Walkable City 2030 dimana kedua-dua dokumen ini adalah komponen di bawah Pelan Perancangan Strategik MBI. Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon adalah dalam Kawasan Perancangan Pusat yang telah dikenal pasti sebagai kawasan Zon Rendah Karbon selaras dengan kehendak LCC2030C oleh MGTC yang menetapkan setiap bandar perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu zon rendah karbon.
 
MBI berhasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Rendah Karbon selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia yang ingin melihat kesemua 154 Pihak Berkuasa tempatan (PBT) diseluruh Malaysia melaksanakan inisiatif-inisiatif ke arah Bandaraya Rendah Karbon. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon diseluruh negara selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Selaras dengan itu, penyediaan Pelan Tindakan Ipoh Bandaraya Rendah Karbon akan menentukan strategi pelaksanaan dan sasaran dalam menjadikan Bandarya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Rendah karbon.
 
WALKABLE CITY MBI AKAN MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN BERKONSEPKAN “WALKABLE IPOH” DIKAWASAN PUSAT BANDAR PADA TAHUN 2030
 
MBI akan membangunkan kawasan Pusat Bandar Ipoh berdasarkan konsep “Walkable Ipoh” dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk pejalan kaki dan berbasikal yang selesa dan selamat. Kawasan Pusat Bandar ini meliputi kawasan Pekan Lama Ipoh, Pekan Baru Ipoh dan kawasan pembangunan Greentown. Program “Walkable Ipoh” ini dijangka menjadi kenyataan pada tahun 2030. Pemilihan kawasan bagi melaksanakan “Walkable Ipoh” ini adalah berdasarkan pelbagai tarikan pelancongan, komersil, kemudahan awam dan institusi yang sedia wujud dikawasan tersebut. Jesteru itu ianya merupakan kawasan yang sesak terutamanya ketika waktu puncak dan cuti umum.
 
Penyediaan kemudahan pejalan kaki dan lorong berbasikal yang selesa dan selamat sebagai mod pergerakan dapat mengurangkan kesesakkan dikawasan tersebut dengan jangkamasa perjalanan diantara pusat tumpuan hanya dalam masa 15 minit. Konsep pembangunan “Walkable Ipoh” ini akan menyediakan kemudahan yang inklusif meliputi laluan pejalan kaki, lorong basikal, kemudahan laluan kerusi roda, mikro mobility dan kemudahan bas yang berkesinambungan selaras dengan terma Bandar Sihat Mesra Pejalan Kaki (Healthy Walkable City). Kemudahan seperti ini dijangka akan dapat menagani kesan “pulau haba bandar” dan meningkatkan kualiti alam persekitaranya hasil daripada pengurangan pelepasan karbon dan seterusnya mencapai status Ipoh sebagai bandar rendah karbon.
 
Pelan “Walkable Ipoh” ini telah dilancarkan serentak bersama Pelan Strategik MBI 2030 dan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Ipoh 2030 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.