MENU
15 April 2022 - Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh merangkap Pengerusi PINCER MBI Studio Sdn Bhd menyampaikan sumbangan RM100 kepada 31 anak anggota MBI yang diwakili oleh ibu bapa mereka di bawah Program MBI Prihatin dalam Program Berbuka Puasa anjuran PINCER MBI Studio Sdn Bhd (PMSSB) di Hotel Impiana malam tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Encik Kah Fee Yee@Thong, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Allyan Too, Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah PINCER MBI Studio Sdn Bhd.
 
Sumbangan di bawah pembiayaan PMSSB tersebut adalah untuk membantu meringankan beban anak-anak anggota MBI menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
 
Ia juga turut memberi peluang kepada pihak PMSSB untuk lebih mengenali serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan pihak MBI dalam usaha untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini serta membantu meningkatkan syiar Islam di Bandaraya Ipoh.
 
Objektif penubuhan PMSSB pada 17 Mac, 2022 adalah untuk mengaktifkan semula Studio PINCER di Meru Raya bagi memastikan industri kreatif di Ipoh terus berkembang.
 
MBI telah mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Untuk makluman, hampir RM2 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik Covid-19.
 
MBI bersama rakan strategik seperti pasar raya Econsave serta penaja lain seperti Kinta Properties dan Kuala Lumpur Kepong Berhad turut menyampaikan sumbangan seumpama ini dalam Program MBI Prihatin.
 
Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.