MENU
16 Jun 2022-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan Sumbangan Barangan Makanan bernilai RM1000 sumbangan Econsave bersama Encik Chua Yong Chiang, Pengurus Econsave Wilayah Utara 2 kepada Pengurus Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yassin sempena Program MBI Prihatin di No.53 Persiaran Cempaka Sari 12, Taman Cempaka tengahari lalu.
 
Ia turut dihadiri oleh Encik Ooi Kean Hock, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.
 
MBI telah mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Lebih RM2 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik dan endemik Covid-19.
 
Perbelanjaan ini dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti pasar raya Econsave, Kinta Properties, Kuala Lumpur Kepong (KLK) serta penaja lain.
 
Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.
 
MBI berharap sumbangan tersebut akan membantu meringankan beban pengurusan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yassin.